Friday, 20 January 2012

Syarat-syarat Permohonan

Bersesuaian dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat, program eksekutif diploma ini direka khas untuk golongan professional yang tidak mempunyai peluang untuk meneruskan pembelajaran kerana tidak mempunyai kelayakan yang mencukupi. Program eksekutif diploma ini diukur dari segi pengalaman kerja seseorang. Dengan pengalaman yang mencukupi dan memenuhi syarat yang ditentukan oleh Univesiti anda adalah layak untuk memohon.


Kelayakan minima untuk memohon adalah anda mempunyai:
1. 21 tahun ke atas, SPM/SPMV dengan tiga (3) credit &
2. Minima tiga (3) tahun pengalaman kerja, ATAU
3. Bagi mereka yang berpengalaman kerja melebihi lima (5) tahun tetapi hanya memiliki 2 Kredit untuk SPM, boleh memohon melalui proses temuduga 

No comments:

Post a comment