Friday 20 January 2012

PENGUMUMAN

Pengambilan baru JAN 2012 dibuka sekarang. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi 03 3393 5093 atau SMS ke 012 3005527 
Bidang Kewangan
* Diploma Eksekutif Kewangan
* Diploma Eksekutif Kewangan Islam
Bidang Pengurusan dan Pentadbiran
* Diploma Eksekutif Pengurusan Teknologi
Bidang Perkilangan, Operasi dan Pengeluaran
* Diploma Eksekutif Teknologi Perkilangan dan Pengurusan
* Diploma Eksekutif Pengurusan Operasi dan Pengeluaran
Bidang Teknologi Sistem dan Komunikasi
* Diploma Eksekutif Teknologi Sistem & Komunikasi (Networking)

Laluan Executive Diploma

Syarat-syarat Permohonan

Bersesuaian dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat, program eksekutif diploma ini direka khas untuk golongan professional yang tidak mempunyai peluang untuk meneruskan pembelajaran kerana tidak mempunyai kelayakan yang mencukupi. Program eksekutif diploma ini diukur dari segi pengalaman kerja seseorang. Dengan pengalaman yang mencukupi dan memenuhi syarat yang ditentukan oleh Univesiti anda adalah layak untuk memohon.


Kelayakan minima untuk memohon adalah anda mempunyai:
1. 21 tahun ke atas, SPM/SPMV dengan tiga (3) credit &
2. Minima tiga (3) tahun pengalaman kerja, ATAU
3. Bagi mereka yang berpengalaman kerja melebihi lima (5) tahun tetapi hanya memiliki 2 Kredit untuk SPM, boleh memohon melalui proses temuduga 

Pengedali Program

Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh rakan pintar UTM SPACE (Specialist Knowledge Centre Sdn. Bhd.). Tempat untuk kuliah dan kelas tutorial adalah samada di Specialist Knowledge Centre, Petaling Jaya atau di sebarang pusat yang telah diluluskan. Walau bagaimanapun, anda boleh memilih untuk program ini dijalankan di premis anda atau pusat yang dikenalpasti tanpa dikenakan sebarang bayaran tambahan.
Kelas akan diadakan pada hari sabtu dan ahad, dari jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang. Sementara itu, kuliah akan dijalankan dalan Bahasa Malaysia dan Inggeris, manakala bahan-bahan cetakan, penilaian dan projek dalam Bahasa Inggeris.

Thursday 19 January 2012

Pembiayaan Pendidikan

Terdapat beberapa cara bagi memudahkan pelajar membiayai pembelajaran mereka antaranya adalah melalui Pengeluaran Pendidikan dari Akaun II Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.


Melalui kaedah ini, pelajar hanya perlu membawa bersama:
1. Surat Tawaran Kemasukan dari SPACE UTM yang asal dan salinan.
2. Surat Pengesahan Pendaftaran Kemasukan Pelajar.
3. Surat Pengesahan Jawatan dari majikan yang terkini.
4. Sijil SPM asal dan salinan.
5. Salinan Kad Pengenalan.


Sekiranya permohonan pengeluaran diluluskan, KWSP akan membuat pembayaran terus ke UTM SPACE dalam masa 21 hari bekerja.


Selain itu, pelajar juga boleh memohon pinjaman dari institusi kewangan serta boleh memohon bantuan zakat tetapi untuk anak – anak Selangor sahaja.

Program Executive Diploma

1Executive Diploma in Technology Management (EDTM)
2Executive Diploma in Islamic Finance (EDIF)
3Executive Diploma in Finance (EDF)
4Executive Diploma in Operation and Production Management (EDOPM)
5Executive Diploma in System and Communication Technology (EDSCT)
6Executive Diploma in Manufacturing Technology & Management (EDMTM)